Pada 4 Mac 2019 (semalam) DNA23 dilancarkan untuk menjadi platform yang mengetengahkan pandangan orang ramai mengenai landskap ekonomi digital di Malaysia. Ahli parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahin menjelaskan digital ekonomi perlu dilaksanakan akan tetapi golongan miskin tidak harus dilupakan.
Ujar beliau, Malaysia memerlukan satu inisiatif baharu dengan menukar paradigm lama kepada baharu dan perubahan tersebut perlu dilakukan secepat mungkin. Katanya lagi rakyat Malaysia tidak seharusnya melupakan orang miskin dalam melaksanakan ekonomi digital dan dalam masa yang sama beliau berharap agar pihak industri terlibat memainkan peranan dalam usaha mempertingkatkan pendapatan golongan B40.