M Update, 12/3/2019 – Kerana takut ditahan pihak berkuasa, pekerja asing warga Indonesia yang sedang menjual ikan, lari sejauh 500 meter sebelum ditahan anggota Imigresen.
Lelaki berusia 30-an itu antara 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Ops Jaja dan Ops Sapu di sekitar pasar dan lot kedai di Sungai Petani, semalam.
Pihak Imigresen turut menahan lima lelaki warga Bangladesh, dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia dan seorang lelaki Myanmar.
Kesemua warga asing terbabit bekerja sebagai pembantu di kedai yang menjual pelbagai jenis barang jualan seperti kedai runcit, kedai gunting rambut, kedai menjual santan, ikan dan alat ganti motosikal.
Seramai 47 pekerja asing diperiksa namun hanya 10 ditahan selepas mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.
Sumber : Harian Metro