Malaysian Update, 14/3/2019 – Kesihatan menafikan lewat bertindak bagi menangani kes pencemaran toksid di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kementeriannya sudah bertindak sejak hari pertama kejadian itu dan memberikan rawatan kepada setiap kes, baik yang serius mahupun ringan.
“Jadi isu kementerian lambat adalah tidak benar sama sekali” – Dr Dzulkefly
KKM ada buat rawatan antidot dan kesannya sangat mujarab dan sehingga kini, semua yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail dalam keadaan stabil.
Sebanyak 162 kes membabitkan mangsa yang terjejas sehingga, semalam. Ia menjadikan sebanyak 937 kes yang dilaporkan dan mendapat rawatan di semua fasiliti kementerian di daerah yang terjejas.
Sumber : Harian Metro