M Update, 19/3/2019 – Anggota polis diarahkan untuk memantau kuil dan gereja di negara ini susulan insiden tembakan ke atas jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu. Arahan ini serta merta dikeluarkan untuk tindakan oleh Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah.
Arahan dikeluarkan serta merta selepas insiden tembakan itu berlaku, sudah arahkan Ketua Polis Negeri dan Daerah serta pegawai dan anggota terbabit berada dalam siap siaga – KPN
“Polis memantau gereja atau kuil dan sebagainya, kita khuatir wujud sebarang tindakan balas dan semua tindakan yang sesuai sudah diambil,” – KPN
Sumber : Berita Harian