M Update, 20/3/2019 – Air bawah tanah akan dijadikan alternatif bagi membantu penduduk di Kedah yang kini berdepan masalah bekalan berikutan kemarau melampau, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.
Aset sudah digerakkan untuk menggali air bawah tanah di dua lokasi di negeri jelapang padi itu.
Ketika ini, agensi kementerian ke Kedah dan mula menggali di dua kawasan bagi mendapatkan air bawah tanah untuk digunakan di negeri itu.
Jika dalam beberapa hari tak dapat air, lori besar dengan bekalan air bersih kepada kawasan terjejas.
Agensi kementerian membuat kajian dan memaklumkan kepada negeri mengenai kawasan keutamaan yang menghadapi masalah di seluruh negara.
Ahad lalu, kerajaan negeri membuat catuan bekalan air di kawasan Merbok dan Semeling, susulan cuaca panas melampau sejak bulan lalu. Selain itu, beberapa kawasan kritikal yang mengalami gangguan air juga dikesan memerlukan bantuan bekalan.
Ketiadaan hujan menjadi punca utama bekalan air terawat terjejas di Kedah ketika ini dan kerajaan perlu mencari sumber air alternatif bagi menangani situasi seperti ini.
Sumber : Berita Harian