M Update, 1/4/2019 – Bila dah sampai masa, ajal tiba tidak lambat walau sesaat. Semua telah ditentukan olehNYA. Tidak sempat menyelesaikan kayuhan, seorang lelaki meninggal dunia ketika menyertai aktiviti berbasikal pada program ‘60+ Earth Hour’ anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bandar raya ini, malam tadi.
Mangsa, Iskandar Dzalman Yahya, 47, dikatakan rebah ketika berkayuh sebelum dikejarkan ke Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS), di sini. Namun, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di hospital itu dipercayai akibat serangan jantung. Iskandar Dzalman dipercayai sempat memuat satu status di Facebook pada jam 8.12 pagi semalam yang memaklumkan dia akan menunaikan solat Maghrib sebelum menyertai kayuhan itu.
Mangsa dipercayai terjatuh dari basikal yang ditunggang di lokasi berkenaan. Bantuan kecemasan sudah diberikan oleh pasukan perubatan sebelum mangsa dihantar ke HSAS. Doktor kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Persiaran Datuk Bandar berdekatan dengan bangunan SIRIM di Seksyen 14 di sini, pada jam 9.50 malam. Baharudin berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung. Ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya. – BH Online