Input your search keywords and press Enter.

Suntikan Dana Siri-B RM23.85 Juta

Sumber TheLorry

Syarikat TheLorry merupakan sebuah syarikat logistic yang menawarkan platform pemindahan barang dengan mudah.  TheLorry sememangnya tidak perlu diperkenalkan kenaran syarikat ini berjaya memperoleh beberapa dana sebelum ini yang membolehkan mereka melebarkan sayap dengan pembukaan perkhidmatan di Singapura, Thailand dan Indonesia.

Pada kali ini, The Lorry berjaya menerima suntikan dana siri-B berjumlah $5.85 juta (RM23.85 juta). Antara pelabur yang terlibat terdiri daripada FirstFloor Capital,PNB-INSPiRE I Ethical Fund, Cradle Seed Ventures dan Axiata Digital Innovation.

Menurut Nadhir Ashafiq, pelaburan yang diterima pada kali ini bakal digunakan untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai antara syarikat logistik terbaik di rantau Asia Tenggara. Selain itu, pendapatan lori dan trak dibawah kendalian TheLorry juga turut dipertingkatkan sekaligus meningkatkan taraf hidup para pemandu. Tahniah TheLorry.

Leave a Reply