M Update, 8/4/2019 – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara maut apabila motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terjatuh di Batu 2 Jalan Kapar, dari arah Klang menghala ke Kapar, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi tadi, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha dari arah Klang menghala ke Kapar sebelum hilang kawalan dan bergesel dengan pembahagi sebelah kanan jalan dan terjatuh. Mangsa terjatuh dan kepala dipercayai terhentak pada tiang papan tanda yang berada di tengah-tengah pembahagi jalan.
Ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar bersama keluarga, namun sewaktu pulang isterinya menaiki kereta dan beliau menunggang motosikal miliknya yang diambil di Bandar Klang.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Nurulhuda Mohd Salleh, berkata mangsa, Lans Koperal Mohd Faizal Md Yusuf, 38, beralamat di Taman Seri Sementa, Kapar yang bercuti sakit kerana kemalangan pada 25 Februari lalu meninggal dunia akibat cedera parah di kepala.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Nurulhuda berkata, siasatan mendapati keadaan jalan di lokasi kejadian adalah jalan lurus sehala, gelap selain kering dan rata.Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya.
Beliau berkata, ketika kejadian anggotanya itu sedang bercuti sakit atas arahan doktor susulan kemalangan yang menimpanya pada 25 Februari lalu. Arwah sedang cuti sakit sehingga 13 April ini berikutan kemalangan pada 25 Februari lalu yang menyebabkan tulang kakinya retak. – BH Online