M Update, 8/4/2019 – Tindakan sekumpulan lelaki mencampak semua guni mengandungi ketum dan meninggalkan motosikal sebelum melarikan diri ke dalam hutan berhampiran adalah sia-sia kerana telah berjaya ditahan oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika cuba menyeludup 328 kilogram (kg) daun ketum bernilai lebih RM30,000 ke negara jiran semalam.
Kesemua lelaki terbabit menunggang motosikal tidak mempunyai nombor pendaftaran dan mereka dipercayai orang tempatan yang cuba menyeludup ketum ke negara jiran berikutan permintaan dan harga yang tinggi di sana.
Pada jam 3 petang seorang lagi lelaki juga bertindak mencampak tiga guni daun ketum seberat 32kg bernilai lebih RM3,000 dan melarikan diri selepas terserempak dengan pasukan ronda diketuai Koperal Rosli Ismail.
Lelaki yang menunggang motosikal seorang diri itu juga dipercayai orang tempatan. Kesemua daun ketum dan motosikal yang dirampas kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk tindakan lanjut.
Sumber : Berita Harian