M-Update,12/4/2019, PRAGUE: Tandukan Marcos Alonso empat minit sebelum tamat perlawanan memberi Chelsea kelebihan menewaskan Slavia Prague 1-0 pada aksi pertama suku akhir Liga Europa di ibu negara Republik Czech awal pagi tadi. Pertahanan kiri dari Sepanyol itu memanfaatkan hantaran lintang pemain sayap Brazil, Willian, perancang utama dalam jentera serangan Chelsea.
Willian hampir menjaringkan gol pada minit ke-25 tetapi sepakannya itu tersasar ke palang gol.“Kami tahu bahawa ia sangat sukar bermain di sini,” kata kata jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri kepada pemberita dengan menekankan cara permainan Slavia ‘sangat fizikal dan agresif’.
“Kami berdepan kesukaran ketika permainan. Kami boleh mengharunginya dengan baik dan kemudian pada babak kedua kami dapat bermain lebih bagus.” “Kami perlu berfikir tentang pusingan kedua yang bakal menjadi sukar kerana lawan ini adalah sangat berbahaya juga di tempat lawan. Kami perlu berhati-hati,” kata Sarri.
Jurulatih dari Itali itu melakukan tujuh pertukaran berbanding kemenangan Liga Perdana kepada West Ham 2-0 pada Isnin lalu.“Saya sangat gembira dengan keputusan ini dan juga persembahan mereka,” kata Sarri.
“Sebelum ini apabila kami menghadapi masalah, gawang kami akan bolos. Kini kami boleh … bersaing dan berdepan lawan tanpa bolos.” – AFP