M Update, 18/4/2019 – Tak lama lagi umat Islam di seluruh negara bakal menyambut bulan Ramadhan. Bila sebut bulan Ramadhan, kurma merupakan makanan sunnah setiap kali berbuka puasa.
Semua pun tahu kini musim mempelam harum manis di Perlis bakal tiba (Mei) dan akan berlarutan sehingga bulan puasa nanti (Jun). Jadi sebagai alternatif lambakan harum manis, boleh la kita turut jadikan ia sebagai hidangan untuk berbuka puasa. Ini akan mengelakkan pembaziran akibat dari lambakan buah tersebut.
Kerajaan negeri Perlis akan menyediakan sebuah lori bagi memudahkan urusan penghantaran mempelam harumanis ke luar negeri dengan anggaran pengeluaran tahun ini sebanyak 2,100 metrik tan.
Selain dijadikan menu berbuka puasa, kaedah lain bagi mengelakkan lambakan mempelam berkenaan khususnya pada Ramadan adalah seperti buah tersebut dijadikan menu wajib dalam majlis kerajaan seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub baru-baru ini.
Selain itu, produk-produk harumanis juga boleh dijadikan sebagai cenderahati pada majlis-majlis khususnya pada Ramadan ini. Tambahan pula sambutan orang ramai terhadap harumanis akan terus meningkat seperti tahun-tahun sebelum ini.
Kepada pengusaha harum manis jangan risau kerana Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membeli kesemua buah mempelam haru manis yang tidak habis dijual.
Sumber : Utusan Malasyia