Input your search keywords and press Enter.

Usain Bolt Kongsi Gambar Anak Kembar

M Update, 21/06/2021 – Usain Bolt mendedahkan dia dan pasangannya, Kasi Bennett menyambut kelahiran bayi kembar.

Lelaki terpantas di dunia itu memuat naik gambar menarik keluarganya pada akaun Instagram miliknya pada Hari Bapa. Ia memaparkan jaguh pecut berusia 34 tahun itu dengan Bennett selain puteri sulung mereka Olympia, 1, dan bayi kembar, Saint Leo Bolt dan Thunder Bolt.

Pemenang pingat emas Olimpik lapan kali itu juga menghiburkan 10 juta pengikutnya di Instagram Story mengenai hadiah yang diterima dari keluarganya.

Bennett turut memuat naik gambar keluarga bahagianya di media sosial sambil menulis: “Selamat Hari Bapa kepada cinta saya selamanya!

“Anda adalah benteng keluarga dan ayah yang paling hebat untuk anak-anak kita”

Pasangan itu sudah bersama selama enam tahun dan mempunyai anak pertama pada Jun 2020.

Bolt bersara dari trek selepas Kejuaraan Dunia 2017 di London apabila mengalami kecederaan hamstring pada perlumbaan terakhirnya.

– AGENSI