M Update, 19/4/2019 – Baru-baru ini ada pihak yang mencadangkan penukaran nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA), namun ini dilihat tidak bersesuaian dengan imej Malaysia di mata dunia.
Ini ini kerana imej Malaysia lebih sinonim dan terkenal dengan ibu negara iaitu Kuala Lumpur di peringkat antarabangsa.
“Saya hormati pandangan pihak yang ingin menukarkan nama asal KLIA selepas mengambil kira faktor geografinya. Tetapi secara logiknya, perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran pelancong adalah ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Mesti mereka akan sebut Kuala Lumpur dahulu berbanding Sepang kerana Sepang hanya daerah di Selangor berbanding Kuala Lumpur yang lebih gah sebagai ibu negara,” katanya ketika ditemui, semalam”. – Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir
Sumber : Harian Metro