M Update, 23/04/2019 –
Insiden itu berlaku lewat kelmarin apabila anggota polis tidak bertugas terbabit merempuh keretanya ke arah perarakan ketika sambutan Easter di Gombe, kata jurucakap polis Mary Mallum.
Sepuluh maut manakala lebih 30 magsa cedera apabila seorang anggota polis merempuh kenderaannya ke arah sekumpulan kanak-kanak yang berarak ketika sambutan Easter di timur laut Nigeria, sebelum dibunuh orang ramai yang berang, kata saksi dan sumber polis semalam.
“Sepuluh orang maut termasuk anggota polis dan anggota separa tentera yang bersamanya ketika itu.
“Kami mendapat tahu anggota polis dan rakannya yang tidak memakai seragam diserang dan dibunuh orang ramai yang berang.
“Tambahan 30 kanak-kanak cedera dan ketika ini dirawat di hospital ketika siasatan diteruskan,” kata Mallum. The most widely accepted forms of payment are web-based credit cards such https://casinodulacleamy.com/ as VISA, MasterCard, and American Express.
Menurut saksi di tempat kejadian, pemandu sengaja merempuh kenderaannya ke arah perarakan susulan pertengkaran kerana menghalang laluan.
“Pemandu kenderaan bertengkar dengan kanak-kanak sebelum mereka memberi laluan kepadanya, namun mangsa yang berang merempuh kenderaan ke arah mereka. Dia sengaja melakukannya,” kata Isaac Kwadang, ketua Boys Brigade di Gombe.
Perarakan keagamaan biasa dilakukan penganut Kristian dan Muslim di Nigeria di mana jalan disekat, mencetuskan huru-hara lalu-lintas.
Pada Disember 2016, sekurang-kurangnya 13 kanak-kanak Islam maut apabila sebuah bas merempuh perarakan ketika sambutan Maulud Nabi di perkampungan Malam Side, sejauh 20 kilometer dari Gombe. -AFP