M Update, 24/04/2019 – Militan Daesh semalam mengaku bertanggungjawab atas siri serangan bunuh diri ke atas gereja dan hotel di Sri Lanka yang mengorbankan lebih 320 orang Ahad lalu.
Dakwaan itu, disertai gambar dan video anggotanya melaksanakan serangan, muncul lebih dua hari selepas letupan bom hampir serentak di tiga hotel mewah popular dengan pelancong asing dan tiga gereja penuh sesak dengan penganut Kristian menyambut Easter.
Kerajaan Sri Lanka berkata, siasatan awal menunjukkan serangan dijalankan sebagai ‘balas dendam’ terhadap insiden tembakan dua masjid di New Zealand bulan lalu, mengorbankan 50 orang.
Pihak berkuasa di negara ini menuduh kumpulan pelampau tempatan tidak begitu dikenali, Thowheeth Jama’ath Nasionalis (NTJ) melakukan serangan namun berkata sedang menyiasat jika wujud sokongan antarabangsa.
“Mereka yang menjalankan serangan menyasar sejumlah anggota pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS) dan penduduk Kristian di Sri Lanka pada Ahad lalu adalah militan Daesh,” kata agensi propaganda Daesh, Amaq dalam satu kenyataan. River Belle Casino https://tpashop.com/juego-de-casinos-en-linea-de-eatados-unidos/ is a gambling site established in It is owned by Baytree Ltd and powered by Microgaming, which is their main provider.
Kumpulan itu kemudian memberi nama samaran tujuh orang dikatakan ‘dalang serangan’ yang menyasar penduduk Kristian.
Amaq juga mendedahkan gambar lapan lelaki di sebalik serangan dengan tujuh daripada mereka menutup muka manakala tiga daripadanya memegang pisau. Keaslian imej dan video itu bagaimanapun tidak dapat disahkan.
Sumber polis Sri Lanka berkata, dua adik beradik beragama Islam, anak lelaki pedagang rempah kaya di sini, meletupkan diri di Hotel Shangri-La dan Cinnamon Grand manakala The Kingsbury adalah sasaran terakhir.
Serangan keempat ke atas sebuah hotel lain Ahad lalu, gagal, kata sumber walaupun tidak jelas jika bahan letupan pengebom gagal berfungsi atau dia memilih untuk tidak meletupkannya. Penyerang kemudian meletupkan diri apabila polis mengesannya di sebuah rumah penginapan di ibu kota.
Polis menahan sekurang-kurangnya 40 orang ketika mereka menyiasat tindakan keganasan terburuk di negara kepulauan Asia Selatan sejak perang saudara berakhir sedekad lalu.
Namun Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe berkata, polis memburu lebih banyak suspek yang masih bebas, termasuk sesetengah bersenjatakan bahan letupan dan tidak menolak serangan lanjut. In fact, no reputed software provider gives you that freedom in They consider the safety https://kellyrobbins.net/buffet-la-bonne-carte-casino-de-montreal/ and security of players to be of paramount importance.
“Kami cuba menahan mereka,” katanya. Kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan darurat, memberi polis dan tentera kuasa khas termasuk kuasa menahan suspek tanpa arahan mahkamah. In this way, your only task is to deposit and play! https://clanchronicles.com/bo-vegas-casino-no-deposit-bonus/
Negara itu bertafakur seketika pagi semalam selama tiga minit sebelum mangsa disemadikan. Bendera dikibar separuh tiang di bangunan kerajaan manakala kedai arak diarah tutup.
Pihak berkuasa sedang menyiasat mengapa langkah berjaga-jaga tidak diambil selepas amaran 11 April lalu daripada polis Sri Lanka bahawa ‘agensi perisikan asing’ melaporkan, NTJ merancang serangan bunuh diri ke atas gereja.
Jurucakap kerajaan, Rajitha Senaratne berkata, amaran itu tidak disampaikan kepada Wickremesinghe atau menteri atasan lain.
CNN melaporkan, perkhidmatan perisikan India menyampaikan maklumat ‘spesifik luar biasa’ beberapa minggu sebelum serangan dan maklumat itu diperoleh daripada seorang suspek Daesh yang ditangkap.
Presiden Maithripala Sirisena, yang juga Menteri Pertahanan dan Undang-undang berkata, beliau akan melaksanakan penstrukturan semula pasukan keselamatan dan polis susulan serangan.
Kerja kini dijalankan untuk terus mengenal pasti mangsa rakyat asing dalam letupan itu. Seorang jutawan Denmark hilang tiga anaknya dalam serangan, kata jurucakap syarikat. Lapan rakyat Britain, 10 India, empat AS dan warga negara Turki, Australia, Jepun dan Portugal dilaporkan terbunuh. Hollywood Casino is posting strong numbers in both casino areas, and have seen their http://vozhispananews.com/platinum-reels-casino-no-deposit-codes/ share of each market, and the overall market, grow in the past year.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya 45 kanak-kanak rakyat Sri Lanka dan asing antara yang terkorban. Google forbids the listing of real-money gaming apps on the https://tpashop.com/gta-5-casino-spin-the-wheel/ Play Store. -AFP