Perkara terkutuk membuang bayi semakin menjadi-jadi di negara Malaysia dan apa yang lebih membimbangkan kebanyakan yang terlibat dalam kes buangan bayi ini adalah masyarakat beragama Islam.
Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd, Mufti Pulau Pinang menjelaskan bahawa perbuatan membuang bayi sama ada di masjid ataupu di mana-mana kawasan/tempat tetap berdosa.
“Di mana saja mereka buang (bayi), dosanya tetap sama. Dalam Islam, ia berdosa besar. Tak kira buang di mana pun, walaupun rumah ALLAH iaitu masjid”.
Kes pembuangan bayi ini dilakukan di masjid kerana didorong bayi yang tidak berdosa tersebut akan dijumpai oleh orang yang baik dan bertanggungjawab, maka mereka memilih masjid untuk melakukan perbuatan yang keji itu.
“Pelbagai pihak perlu menggalas tanggungjawab masing-masing supaya gejala membuang bayi tidak membarah dalam masyarakat. Semua pihak ada peranan masing-masing dan sudah tentu pihak berkuasa perlu bertanggungjawab untuk mencari jalan bagi mengatasi gejala ini supaya tidak terus merebak dan membarah dalam masyarakat.
“Saya amat sedih dengan gejala pembuangan bayi yang semakin kerap berlaku di negara ini. Lebih membimbangkan kebanyakan mereka yang terlibat dengan dengan gejala negatif ini adalah beragama Islam,” katanya.