Input your search keywords and press Enter.

Perancis Lancar Misi Mencari Kanak-kanak Diculik

M Update, 06/05/2019 – Pasukan polis di sini, iaitu bandar pelabuhan di selatan Perancis, melancarkan operasi mencari besar-besaran, selepas menerima laporan penculikan membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Pihak berkuasa mendedahkan kanak-kanak yang dikenali sebagai Osnachi itu mempunyai penampilan seperti rakyat Afrika, memakai kemeja bintik polka warna biru cair, seluar putih pudar, kasut sniker hitam putih dan rantai perak.

Kanak-kanak itu juga dilaporkan memiliki mata berwarna coklat, rambut keriting hitam, selain jalur yang dicukur pada sisi kedua-dua belah kepalanya.

Polis berkata, penculik disyaki berkulit putih dan berusia dalam lingkungan 35 tahun, serta memiliki ketinggian 1.8 meter, sangat kurus dan tidak bercukur.

Osnachi dilaporkan diculik pada jam 12.40 petang (waktu tempatan) di kawasan bandr Canebiere. – AFP

Leave a Reply