Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) bersama syarikat pengendali aplikasi e-wallet, KiplePay Sdn Bhd dalam pelasanaan transaksi tanpa tunai di dalam kampus university tersebut.
Profesor Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani iaitu Naib Canselor Universiti Utara Malaysia berkata initiatif itu merupakan salah satu usaha UUM ke arah mencapai status Kampus Pintar selain menjadikannya sebagai universiti awam pertama menjalankan transaksi e-pembayaran di dalam kampus.
Menerusi MoA itu, KiplePay membangunkan sistem e-pembayaran menggunakan aplikasi e-wallet yang boleh dimuat turun ke telefon bimbit lebih 20,000 warga universiti itu.
Selain itu, transaksi tanpa tunai ini boleh dilakukan di blok akademik, perpustakaan, kedai serbaneka dan untuk tujuan pembayaran yuran universiti. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi KiplePay menerusi Play Store untuk menggunakan perkhidmatannya.
Disamping itu, inisiatif tersebut secara tidak langsung dapat mendidik golongan muda mengenai pengurusan dan perancangan kewangan malah kerajaan negeri menyokong inisiatif pihak universiti berkenaan kerana ia akan menjadi pemangkin kepada gaya hidup baharu di kampus kerana Transaksi tanpa tunai ini akan memberi impak kepada ekonomi negeri dan kerajaan mahu usaha seperti ini diperluaskan agar semua pihak tidak ketinggalan dalam arus teknologi terkini.