M Update, 13/5/2019 – Seorang bintang gusti meninggal dunia di hadapan ratusan peminatnya selepas rebah dalam satu perlawanan di London, malam semalam.
Cesar Gonzalez Barron, 51, yang dikenali sebagai Silver King bertarung menentang Youth Warrior dalam perlawanan gusti Lucha Libre di Roundhouse, Camden, lapor Al-Jazeera. Pada mulanya, penonton hanya menyangkakan ia sebahagian daripada perlawanan itu sebelum melihat pembantu bintang gusti itu berlari masuk ke gelanggang.
Kematiannya kemudian disahkan menerusi akaun rasmi Twitter Lucha Libre yang memuat naik gambar bintang itu dengan keterangan gambar ‘Rest in Peace’. Barron sebelum ini pernah muncul dalam filem Nacho Libre di samping pelakon utama, Jack Black pada 2005. – HM Online