M Update, 15/5/2019 – Aktiviti syiah merupakan satu aktiviti yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mamandangkan aktiviti ini semakin menular, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan jabatan agama negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengekang aktiviti fahaman Syiah di dalam negara.
PDRM bekerjasama erat dengan penguatkuasa negeri dan JAKIM untuk mengekang aktiviti kembangkan fahaman Syiah. Pihak polis mempunyai maklumat berhubungan perkara ini maka ini akan memudahkan lagi bagi kedua-dua belah pihak untuk mengekang aktiviti ini.
Apa sahaja aktiviti bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, polis akan pantau dan mengambil tindakan sewajarnya.
Sumber : Sinar Harian