M Update, 16/5/2019 – Eksesais Tactical Airland Operation (TALO) dan Beruang Ganas yang memasuki hari ke-6 semalam menyaksikan latihan penerbangan pesawat pengangkut C-130H dan helikopter EC-725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Penerbangan C-130H bersama kenderaan serangan dan anggota pasukan khas dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) melibatkan fasa siang dan fasa malam. Penerbangan pertama pesawat dikendalikan oleh Pegawai Memerintah No 20 Skuadron pada tengah hari semalam manakala penerbangan malam dilakukan pada kira-kira jam 8 malam.
Eks TALO yang dilakukan di Pangkalan Udara Labuan ini menyaksikan latihan penerbangan pesawat pengangkut pada waktu siang dan malam. Penerbangan pertama pesawat C-130H bersama kenderaan serangan dan anggota pasukan khas dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) dikendalikan oleh Pegawai Memerintah No 20 Skuadron pada tengah hari semalam manakala penerbangan malam pula dilakukan pada kira-kira jam 8 malam.
TALO merupakan operasi taktikal yang melibatkan misi penghantaran pasukan khas ke lapangan terbang sasaran di mana tempoh masa mendarat dan berlepas adalah pendek. Dalam tempoh tersebut, anggota pasukan khas bersama kelengkapan mereka akan bergerak keluar dengan pantas dari dalam pesawat.
Sementara itu, Latihan Heliborne menggunakan helikopter EC725 turut dilaksanakan di Labuan. Latihan yang diadakan pada sebelah pagi menyaksikan perlaksanaan ‘spie rig’ dan ‘fast roping’.
Heliborne merupakan operasi membawa trup, bekalan atau peralatan di kawasan operasi dengan menggunakan helikopter.
Fast roping adalah satu teknik menurunkan anggota tentera ke kawasan berisiko dengan pantas sama ada di atas bangunan atau di atas tanah. Teknik ini digunakan oleh pasukan khas bagi misi dan operasi pantas untuk menewaskan musuh.
Teknik SPIE-rig (Special Patrol Insertion/Extraction) pula merupakan teknik penarikan keluar anggota pasukan khas dari kawasan misi dengan menggunakan tali yang ditarik oleh helikopter.
Eks TALO dan Beruang Ganas merupakan eksesais bersama anjuran PULPAK. Kedua-dua eksesais ini turut melibatkan beberapa aset TUDM seperti pesawat pengangkut dan helikopter.
Latihan bersama TUDM-PULPAK ini diadakan bagi menyelaraskan kefahaman dan daya saling operasi antara anak kapal pesawat TUDM dengan anggota pasukan khas semasa melaksanakan operasi. Penyelarasan sebegini adalah penting bagi memastikan misi dapat dilaksanakan dengan berkesan dan selamat disamping mencapai objektif yang dikehendaki.
Sumber : Air Times News Network