Input your search keywords and press Enter.

2 parti sertai Palang Pracharat bentuk kerajaan campuran

M Update, 27/05/2019 – Dua parti politik Thailand mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti pro-junta berbincang untuk mengekalkan kedudukan Ketua Jeneral Prayuth Chan-ocha sebagai perdana menteri lebih dua bulan selepas pilihan raya diadakan.

Perjanjian itu dilihat bakal menyingkirkan tawaran gabungan parti pembangkang, Barisan Demokratik untuk memastikan anggota junta tidak mengekalkan dominasi kerajaan selama lima tahun selepas tentera merampas kuasa.

Parti Demokrat dan Bhumjaithai bakal menyertai gabungan atas undangan parti Palang Pracharat, parti pro-junta yang ditubuhkan tahun lalu oleh anggota kabinet junta.

Penyertaan kerusi dua parti itu bakal memberikan majoriti mudah kepada gabungan pro-junta di Dewan Rakyat.

Parti Demokrat, parti tertua di Thailand, bakal mengadakan pertemuan dengan pemimpin Parti Palang Pracharat pagi ini, disusuli oleh Parti Bhumjaithai pada sebelah petang.

Setakat ini masih belum ada maklumat yang mengesahkan sebarang perjanjian bakal diumumkan.

“Kami yakin, tetapi kami perlukan kerjasama daripada semua rakan gabungan,” kata pemimpin Palang Pracharat, Uttama Savanayana, sebelum mengadakan pertemuan dengan Parti Demokrat.

Ahli lembaga Parti Palang Pracharat, Puttipong Punnakanta yang juga ahli parlimen berkata, beliau yakin perjanjian akan dicapai.

“Pasti kami akan membentuk kerajaan campuran dengan sekurang-kurangnya 251 kerusi dan kita akan melihat Prayuth Chan-ocha sebagai perdana menteri bulan depan,” katanya. – Reuters

ADVERTISING

Leave a Reply