M Update, 11/6/2019 – Tahniah!!!!! Kejayaan cemerlang yang diraih atlet memanah recurve paralimpik negara, S Suresh pada Kejohanan Memanah Para Dunia di Hertogenbosch, Belanda telah mendapat pujian Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
TPM Dr Wan Azizah telah mengucapkan tahniah kepada Suresh yang meraih pingat emas pada kejohanan berkenaan.
Selain itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mengutuskan ucapan tahniah kepada atlet berusia 25 tahun itu.
Suresh mempamerkan prestasi cemerlang selepas menumpaskan wakil Amerika Syarikat, Eric Bennett, 7-3 (26-28, 26-26, 27-25, 26-25, 29-27) pada aksi final recurve individu lelaki, sekali gus menempah tiket ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat pada kejohanan berkenaan adalah menerusi Allahyarham Salam Sidek yang meraih gangsa dalam edisi 2011 di Turin, Itali.
Sumber : Bernama