
M Update, 26/6/2019 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi baginda untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya di Putrajaya.

Mangsa kemalangan yang dikenali sebagai Jasliza Jamil bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang serius.
Selesai insiden berkenaan, baginda terus berangkat ke Istana Melawati, Putrajaya untuk menghadiri mesyuarat Pra Kabinet.