M Update, 9/7/2019 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghentikan amalan membawa suspek ke mahkamah dengan memakai baju lokap oren.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata ia sejajar dengan anggapan tidak bersalah (presumption of innocence) serta Fasal 5(1) Perlembagaan Persekutuan. Pemakaian baju berkenaan dilihat bertentangan dengan prinsip undang-undang. Beliau selain itu dilaporkan berkata tahanan SPRM adalah dibenarkan untuk memakai pakaian sendiri untuk ke mahkamah.
Pada masa sama, katanya, SPRM tidak akan berkompromi sama sekali dalam pembanterasan rasuah dan dalam berbuat demikian, pihaknya pada setiap masa akan mendukung kedaulatan undang-undang.
Gari tangan akan hanya digunakan di mana perlu, misalnya jika terdapat risiko (suspek) terlepas lari atau kelakuan agresif. Bagaimanapun, penggunaan gari adalah tidak dibenarkan dalam ruang bilik mahkamah,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.