Input your search keywords and press Enter.

Desa Mentari ‘Digempur’ Polis

M Update, 9/7/2019 – Lapan blok kawasan rumah pangsa di Desa Mentari di sini, ‘digempur’ polis malam tadi menerusi Op Bersepadu Cegah Jenayah dengan 31 orang ditahan atas pelbagai kesalahan.

Menerusi operasi bersepadu selama tiga jam bermula jam 10 malam itu, seramai 143 orang dengan sebahagian besarnya adalah warga asing yang mendiami kawasan perumahan itu, diperiksa. Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita menahan 31 orang atas pelbagai kesalahan dengan 24 warga asing termasuk 13 wanita ditahan atas kesalahan imigresen.

Enam lagi warga asing turut ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah. Kesemua mereka berusia antara 18 hingga 50 tahun,” katanya dalam sidang media di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata daripada keseluruhan yang diperiksa, 36 orang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk pemeriksaan lanjut. Mohd Zani berkata, seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang dikehendaki atas kesalahan jenayah pecah rumah turut ditahan menerusi operasi itu.

Pada operasi ini, kita turut mengadakan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal di kawasan sekitar rumah pangsa itu yang didapati melakukan kesalahan trafik. Hasilnya, sebanyak 35 saman trafik dikeluarkan atas kesalahan trafik, antaranya tidak memakai topi keledar dan tiada lesen memandu,” katanya. Beliau berkata, Operasi Bersepadu Cegah Jenayah itu adalah operasi fasa pertama yang dijalankan pihaknya dan lebih banyak operasi susulan akan dibuat selepas ini.

“Kita akan buat operasi susulan ke atas ‘sasaran’ (warga asing dan penjenayah) yang berjaya meloloskan diri sebelum operasi bermula tadi. Kita akan buat (operasi susulan) dalam terdekat ini,” katanya.

Katanya, operasi ini memfokuskan kawasan tumpuan warga asing dan akan dijalankan dari semasa ke semasa dengan diselia Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Operasi yang berakhir pada jam 1 pagi itu dijayakan 352 anggota polis termasuk 47 pegawai, 11 pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), lima pegawai Jabatan Imigresen serta tiga pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). – BH Online

Leave a Reply