Input your search keywords and press Enter.

Kes Dadah : Kerajaan Setuju Gugur Perkataan Mandatori

M Update, 9/7/2019 – Kerajaan bersetuju menggugurkan perkataan mandatori bagi hukuman untuk kes penyalahgunaan dadah.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hakim boleh membuat pilihan sama ada mahu menjatuhkan hukuman mati atau penjara yang tidak boleh kurang dari 10 tahun.

“Kita hapuskan perkataan mandatori, namun kita kekalkan bahawa hakim boleh membuat pilihan sama ada mahu kenakan hukuman mati atau penjara tetapi tidak boleh kurang dari 10 tahun,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, semalam. Beliau berkata, hukuman berat tetap perlu dikenakan berikutan jenayah dadah adalah satu perkara yang serius.

Masalah jenayah semakin merunsingkan di Malaysia, termasuk penyalahgunaan dadah. Untuk itu, kita mengambil pendirian tegas (untuk mengenakan hukuman berat), walaupun kita didesak supaya menggugurkan perkataan mandatori. Namun, apabila mereka didapati mengguna atau membawa dadah dalam jumlah banyak, maka mereka akan dikenakan hukuman mati mandatori.

Leave a Reply