M Update, 10/07/2019 – Tujuh orang awam termasuk seorang bayi terbunuh dalam serangan udara di utara wilayah Baghlan, Afghanistan, kata pihak berkuasa.
Reuters yang memetik kenyataan kementerian pertahanan berkata, serangan udara itu dilakukan untuk menyingkirkan musuh di bandar Pul-e-Khumri, daerah KutobKhel.
Mereka berkata, kementerian kini melakukan siasatan terhadap insiden terbabit.
Serangan udara itu mencetuskan bantahan di bandar terbabit apabila penunjuk perasaan menggunakan trak pikap untuk membawa mayat mangsa dan berarak ke jalanan untuk melakukan pengebumian.
Ahli majlis wilayah Baghlan, Assadullah Shahbaz berkata, orang awam yang terbunuh dalam serangan itu membabitkan petani dan tidak ada kaitan dengan Taliban atau kumpulan militan lain.