Input your search keywords and press Enter.

Perkukuh Keselamatan ESSZone, ESSCom Cadang Pasang Kamera ‘Big Eye’

M Update, 20/11/2020 – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bercadang memasang kamera resolusi tinggi (Big Eye) di Pulau Bohey Dulang, dekat sini bertujuan memperkukuhkan kawalan keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Perkara itu sudah dibawa ke pengetahuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar dapat dilaksanakan. Jika ada Big Eye ini (kawalan dan pemantauan pasukan keselamatan) akan lebih komprehensif, ditambah lagi dengan radar sedia ada iaitu Target Hardening yang diletakkan di kawasan strategik di perairan ESSZone. – Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Dr Jamaluddin Mohd Ali

Target Hardening di Pulau Boheyan yang berada di bawah pengawasan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) dan Pulau Pom-Pom yang dikendalikan Pasukan Gerakan Am itu, sedang diselenggara.

ESSCOM menambah baik Target Hardening di dua lokasi ini sebab kali terakhir dilakukan pada 2015 di Pulau Boheyan dan  Pulau Pom-Pom pada 2017. Jadi memang ada sedikit pembaikan yang dibuat untuk Target Hardening di dua lokasi ini dan dijangkakan kerja-kerja ini akan siap dalam tempoh satu ke dua minggu ini.

Target Hardening merupakan radar jarak dekat yang boleh mengesan objek jelas dalam jangkauan.