Input your search keywords and press Enter.

FGV menjual keseluruhan ekuitinya.

Satu pengumuman telah dilakukan oleh pihak FGV kepada Bursa Malaysia dimana pihak FGV Holdings Bhd (FGV) menjual keseluruhan pegangan ekuitinya dalam FGV China Oils Ltd (FGVCO) kepada Grand Industrial Holdings Co Ltd (GIH) pada harga RMB165 juta (kira-kira RM100 juta) pada 10 Julai 2019.

Dalam pengumuman itu, FGV menyatakan bahawa sudah memeterai Perjanjian Pemindahan Ekuiti 100 peratus dalam FGVCO kepada GIH iaitu syarikat yang diperbadankan di China yang tersenarai di Shenzhen Stock Exchange.

Penjualan berkenaan tidak memberi kesan secara material ke atas perniagaan semasa FGV di China atau pelan strategiknya bagi pasaran China kerana FGVCO adalah anak syarikat milik penuh FGV di Dongguan, China dan ia terbabit secara prinsipal dalam pemprosesan, penapisan, penyimpanan dan pemasaran minyak berkenaan bagi pasaran China.

FGVCO sedang mengalami kerugian berulang berikutan perbezaan pasaran yang berpunca daripada persaingan daripada pembekal serantau.

Dalam laporan lain, FGV menyatakan bahawa cadangan penghapusan kepentingan dalam FGVCO adalah selaras dengan pelan pembaharuannya untuk menghapuskan aset yang tidak memberangsangkan dan memberi tumpuan untuk memaksimumkan pulangan daripada perniagaan teras dan yang menunjukkan prestasi baik.

Leave a Reply