M Update, 26/07/2019 – Sekumpulan lelaki bersenjata merompak emas dan logam berharga lain bernilai AS$40 juta (RM164.7 juta) semalam dari terminal kargo Sao Paulo di lapangan terbang paling sibuk di Amerika Selatan.
Menurut polis, mereka turut menahan dua tebusan.
Beberapa suspek tiba di lapangan terbang Guarulhos dalam trak pikap hitam, memakai seragam menyerupai polis persekutuan Brazil, menurut rakaman keselamatan.
Empat lelaki meninggalkan kenderaan dengan muka mereka ditutup, sekurang-kurangnya seorang membawa raifal dan berjumpa pekerja di lapangan terbang, yang kemudiannya mengisi trak itu dengan kargo.
Menurut laporan polis, pencuri melarikan kira-kira 750 kilogram emas dan logam berharga lain, bersama-sama dua pekerja lapangan terbang sebagai tebusan, dan mereka masih bebas.
Jurucakap lapangan terbang berkata, tiada yang cedera semasa serangan itu, tetapi tidak memberi komen mengenai tebusan.