M Update, 26/7/2019 – Dahla langgar orang, boleh pulak lari tinggalkan mangsa begitu saja. Sangat tidak patut. Pemanduan secara berbahaya sebuah kereta hingga melanggar penunggang motosikal dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Kempas Lama di sini tular di media sosial Facebook sejak petang semalam.
Dalam klip video berdurasi 44 saat itu, kereta jenis Toyata Vios berwarna hitam itu melanggar seorang penunggang motosikal yang berada di bahagian kirinya sebelum bertindak melarikan diri kira-kira jam 8.15 pagi semalam. Sebelum kejadian, aksi biadab pemandu berkenaan sempat dirakamkan apabila dia menggunakan laluan kecemasan untuk masuk barisan kereta yang mahu menuju ke Kampung Maju Jaya.
Sejurus memasuki barisan, kereta itu dilihat tiba-tiba membelok ke kiri untuk memasuki pula Lebuhraya Peruraian Timur (EDL) yang ketika itu terdapat penunggang motosikal berkenaan. Rakaman video kemudiannya menunjukkan pemandu kereta berkenaan langsung tidak berhenti untuk membantu mangsa tetapi terus memasuki Lebuhraya EDL menghala Senai.
Polis mengesahkan kejadian tersebut dan sedang mengesan pemandu kenderaan tersebut.