M Update, 14/8/2019 – Laporan bedah siasat mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, akan terus dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Peguam keluarga Nora Anne, Sankaran Nair berkata, beliau akan meminta Peguam Negara untuk mempertimbangkan sama ada inkues perlu dilakukan dalam kes ini.
“Kebiasaannya kematian mengejut memerlukan inkues. Saya akan meminta Peguam Negara mempertimbangkan sama ada inkues diperlukan dalam kes ini.
“Buat masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan kematian mangsa sama ada wujud unsur jenayah atau tidak, perlu tunggu laporan bedah siasat dikeluarkan sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya.
“Kami masih memikirkan tindakan seterusnya. Oleh kerana keluarga baru melalui satu detik yang sangat menyedihkan mungkin saya rasa mereka belum dapat menjelaskan tindakan selanjutnya.
“Sukar untuk saya gambarkan perasaan mereka ketika ini yang terlalu trauma dengan kejadian itu,”
Bagaimanapun keluarga Nora Anne mengucapkan setinggi penghargaan kepada polis dan semua pihak berkuasa yang terbabit secara langsung dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja itu.
Sumber : Berita Harian