M Update, 23/08/2019 – Kesengsaraan yang dialami oleh seorang lelaki dalam tempoh beberapa dekad akhirnya berakhir apabila selamat menjalani pembedahan. Pembedahan tersebut telah berjaya mengeluarkan 10 sentimeter panjang cacing hidup daripada tengkoraknya.
Menurut doktor yang menjalani pembedahan tersebut, cacing hidup itu telah berada di dalam kepala lelaki berkenaan melebihi 30 tahun yang lalu. Zhang yang berumur 59 tahun telah pergi ke hospital di Guangzhou untuk mengenal pasti mengenai kesakitan yang dialami sejak tahun 1989. Menurutnya, ubat-ubatan yang dimakan tidak memberikan kesan terhadap kesakitan yang dialaminya.
Selepas membuat pemeriksaan, lelaki dari Guangzhou itu dikesan mendapat jangkitan parasit dan memerlukan pembedahan secepat mungkin.
Menurut doktor, perkara tersebut boleh berlaku disebabkan meminum air sungai atau memakan katak atau ular yang tidak matang. Sememangnya, Zhang turut mengakui perbuatan tersebut telah menjadi kebiasaannya pada kampung halamannya.
Walau bagaimanapun, Zhang dilaporkan telah pulih dan sakit kepalanya telah hilang.