
M Update, 10/10/2025 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lonjakan mendadak sebanyak 97 kluster influenza direkodkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 40/2025, berbanding hanya 14 kluster pada minggu sebelumnya.
Menurut KKM, peningkatan ketara itu kebanyakannya berlaku di institusi pendidikan, menjadikan sekolah antara lokasi utama penularan influenza ketika ini.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 32 kluster dikesan di sekolah menengah, 26 di sekolah rendah, 15 di tadika dan sembilan di sekolah swasta.
Lima negeri yang mencatat jumlah kluster tertinggi ialah Selangor dengan 43 kluster, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (15), Pulau Pinang (10), Johor (9) serta Kedah (5).
Menerusi kenyataan itu, KKM menjelaskan bahawa walaupun terdapat peningkatan jangkitan, keadaan masih dalam jangkaan musim influenza dan terkawal, dengan kadar kemasukan ke hospital bagi kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) menunjukkan sedikit penurunan.
Survelan makmal juga mengesahkan tiada mutasi baharu dikesan, dengan penularan berpunca daripada virus Influenza A (H3), iaitu strain bermusim,” katanya pada Khamis.
Ujar KKM, pemantauan di sembilan hospital sentinel mendapati kadar kemasukan kes SARI menurun daripada 9.59 peratus pada ME 39/2025 kepada 9.08 peratus pada ME 40/2025.
“Namun, daripada 58 klinik kesihatan sentinel seluruh negara, kadar Influenza-Like Illness (ILI) meningkat kepada 7.38 peratus pada minggu terkini berbanding 5.95 peratus pada minggu sebelumnya,” jelas kementerian itu.
Lima negeri dengan kadar konsultasi ILI tertinggi ialah Selangor (14.63 peratus), Melaka (12.49 peratus), Pulau Pinang (12.49 peratus), Kuala Lumpur dan Putrajaya (11.62 peratus), serta Sabah (8.73 peratus).
KKM menegaskan bahawa peningkatan itu mencerminkan pola penularan influenza bermusim yang lazim berlaku setiap tahun, dan keadaan setakat ini masih terkawal.
link slot link slot link slot