Input your search keywords and press Enter.

Monthly Archives

August 2019

Halau Singa Nyanyi Lagu Metallica

M Update, 07/08/2019 –  Seorang wanita yang melakukan aktiviti berjalan kaki dalam hutan di British Columbia, Kanada, berjaya menghalau singa gunung yang dikhuatiri mengancamnya dengan memainkan lagu kumpulan rock Metallica selepas terserampak dengan haiwan itu. CNN melaporkan, Dee Gallant, 45, berjalan bersama anjingnya di pinggir Lembah Cowichan minggu lalu, apabila…

26 Jemaah Haji Malaysia Terkandas di Jeddah

M Update, 7/8/2019 – Sekumpulan 26 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah dekat sini sejak jam 7 petang semalam, selepas kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan mereka untuk mengerjakan haji pada musim ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata kumpulan itu…

Dr Mahathir Terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Dari Universiti Antarabangsa Jepun

M Update, 7/8/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Antarabangsa Jepun (IUJ) bagi menghargai sumbangan beliau terhadap hubungan Malaysia dan Jepun. Dr Mahathir menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, honoris causa daripada Presiden IUJ, Hiroyuki Itami dalam majlis yang diadakan di sebuah…

Tersilap Khatan Terima Pampasan RM102,222

M Update, 07/08/2019 – Seorang lelaki menerima pampasan £20,000 (RM102,222) selepas doktor tersilap mengkhatankannya ketika melakukan prosedur masalah pundi kencing di sebuah hospital di England. Terry Brazier, 70, dijadual menjalani prosedur memasukkan kamera bagi menilai keadaan pundi kencingnya sebelum disuntik botox pada dinding pundi tetapi kakitangan Hospital Leicester Royal Infirmary…

Aktiviti Mencuri Tenaga Eletrik , TNB Rugi 3.2 Juta

M-Update ~ Kuantan- Sebanyak 33 premis diserbu Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana disyaki melakukan aktiviti pengusikan ke atas peti agihan tenaga eletrik untuk menjalankan aktiviti perlombongan matawang kripto Bitcoin sehingga menyebabkan TNB mengalami kerugian RM3.2 Juta. Siti Sara Johana Mohd Said yang merupakan Pengurus Besar (Penjangkaan) Bahagian Rangkaian Pembahagian TNB…

PM Tiba Di Fukuoka Untuk Lawatan Kerja 2 Hari

M Update, 7/8/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Fukuoka pada pagi ini selepas menjadualkan semula lawatan kerjanya ke wilayah ini berikutan amaran taufan. Dr Mahathir, yang pada mulanya dijadualkan berada di Fukuoka pada Selasa tetapi terpaksa menjadualkan ketibaannya pada hari berikut ekoran amaran taufan itu, mendarat…

Pelajar Malaysia Maut Terjatuh Pangsapuri Di Sydney

M Update, 7/8/2019 – Seorang pelajar Malaysia dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari pangsapuri yang didiaminya di Sydney, Australia pada Selasa. Amirul Ashraff Md Azhar, 22, penuntut tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di University of Technology, Sydney, yang berasal dari Taiping itu adalah pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Bapa…

Ditahan Kerana Buat Teater Nafsu Songsang

M Update, 06/08/2019 –  Empat pelakon lelaki dibebaskan hari ini selepas ditahan selama 24 jam kerana terbabit dalam pementasan satira mengisahkan dua pegawai polis gay. Pementasan itu berjudul Two Cops in Trouble dan berlangsung di sebuah teater di Caracas sejak 19 Julai lalu. Pelakonnya, Pedro Wise dan Isaias Ovalle yang…