M Update, 25/09/2019 – Seorang guru di Washington, Amerika Syarikat dilaporkan menempatkan murid yang mengalami autisme di tandas sekolah selepas ibunya memberitahu anaknya perlu belajar dalam keadaan senyap, kelmarin.
Daily Mail melaporkan, kanak-kanak itu, Lucas Goodwin, 11, yang turut mempunyai penyakit autoimun dimalukan oleh guru Sekolah Rendah Whatcom apabila bertindak memindahkan meja belajarnya ke situ.
Ibunya, Danielle Goodwin memberitahu Fox 13, dia menjelaskan keadaan anaknya kepada guru terbabit namun tidak sangka perkara itu berlaku.
“Saya amat terperanjat dan mengambil gambar anak kerana tidak percaya apa yang dilakukan oleh guru itu,” katanya.
Katanya, dia bersemuka dengan guru terbabit untuk bertanya sama ada terdapat pilihan lain namun dia hanya memberi layanan dingin.