M Update, 25/09/2019 – Pelajar Malaysia di Pekanbaru, Riau dan Jambi, dijadual dibawa keluar dari wilayah itu hari ini.
Menurut sumber, pelajar yang akan dibawa pulang ke Malaysia, dijadualkan bermula pada sebelah pagi manakala pelajar yang akan dibawa keluar ke bandar raya ini, dijadual tiba pada jam 6 petang. Belum terdapat butiran lengkap mengenai penerbangan membawa keluar pelajar berkenaan.
Pelajar yang dibawa keluar ke Jakarta, akan ditempatkan di Malaysia Hall dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan. Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, seramai 306 pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi akan dibawa keluar susulan perisytiharan darurat di Riau akibat jerebu apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah lebih 500. – BERNAMA