Input your search keywords and press Enter.

Anggota Polis Maut Digilis Lori

M Update, 26/9/2019 – Anggota polis maut digilis sebuah lori selepas motosikal ditungganginya terbabas akibat melanggar haiwan di Kilometer 50.3, Jalan Gerik-Kuala Kangsar, dekat Padang Grus, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.50 malam itu, Koperal Mohd Rafizu Che Hasli, 33, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa, berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kuala Kangsar ke Balai Polis Selat Pagar untuk bertugas.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa melanggar babi hutan yang melintas secara tiba-tiba mengakibatkan mangsa tercampak di atas jalan. Pada masa sama, sebuah kenderaan dipercayai lori terlanggar dan menggilis mangsa menyebabkannya meninggal dunia di lokasi kejadian. Bagaimanapun kenderaan itu meninggalkan tempat kejadian dan jenis kenderaan itu serta pemandunya belum dikenal pasti dan gagal dikesan sehingga kini. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Ismail berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan pemandu lori berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati jalan berkenaan lurus dua hala, gelap dan tidak berlampu manakala mangsa memakai topi keledar ketika kejadian. – BH Online

Leave a Reply