M Update, 26/9/2019 – Bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, 57, meninggal dunia pada 11.53 pagi ini di Hospital Kuala Lumpur.
Rakan baiknya, Ashaari Mohd Nasir mengesahkan perkara itu menerusi kenyataan yang disampaikan menggunakan aplikasi WhatsApp.
Menurutnya lagi, Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al-Ayyubi, Taman Melati di sini untuk solat jenazah sebelum ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38; Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29.