M Update, 29/10/2019 – Polis menahan seorang lelaki yang melepaskan tembakan di sebuah masjid di Bayonne, selatan Perancis dan menyebabkan dua warga emas cedera.
Media Perancis melaporkan, empat tembakan dilepaskan dan sebuah kereta turut dibakar di luar masjid kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan.
Serangan berlaku ketika jemaah menunaikan solat dan dua lelaki berusia 84 dan 87 tahun dilaporkan cedera.
Menurut akhbar Sud Ouest, dua mangsa itu mengalami kecederaan serius dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Bayonne.
Susulan itu, polis sudah menahan bekas tentera berusia 84 tahun di rumahnya di Saint-Martin-de-Seignanx.
Polis mendapati lelaki itu memiliki senjata api, silinder gas dan bom tangan.
Menurut stesen radio France Bleu, suspek memandu ke arah masjid lalu membaling bahan letupan sebelum melepaskan tembakan.
Jurucakap polis berkata, suspek didapati mempunyai kaitan dengan haluan kanan selain pernah menjadi calon Parti Barisan Nasional.
Buat masa sekarang, motif serangan suspek belum diketahui lagi.