Input your search keywords and press Enter.

Barangan Asas Cukup Sempena Aidiladha

M Update, 13/06/2022 – Orang ramai tidak perlu bimbang mengenai bekalan barangan asas termasuk ayam dan daging mencukupi bagi menampung permintaan sempena Aidiladha, bulan depan. – Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) juga memaklumkan jaminan bekalan berkaitan ternakan itu adalah mencukupi.

“Setakat ini, maklumat yang kita terima daripada MAFI, orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan ayam dan daging mencukupi pada Aidiladha nanti. Itu tiada isu.

“Sekiranya terdapat kekurangan bekalan, kita akan berbincang dengan MAFI untuk pastikan ia mencukupi dalam pasaran. Pemantauan juga dibuat oleh anggota penguat kuasa dibantu persatuan pengguna dan orang ramai.

Orang ramai juga boleh salurkan maklumat kepada kami sekiranya terjadi kekurangan bekalan di pasaran untuk tindakan. – Berita Harian