Input your search keywords and press Enter.

JAKIM : Hanya Ah Cheng Laksa USJ 1 Dipersijilkan Halal

M Update, 31/10/2019 – Premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Walau bagaimanapun, central kitchen bagi premis makanan berkenaan yang didaftar atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd di lokasi Taman Perindustrian USJ 1, Subang Jaya, Selangor telah dipersijilkan halal.

Pensijilan halal yang diperolehi oleh central kitchen tidak bermakna seluruh rangkaian outletnya telah dipersijilkan halal kerana bagi permohonan premis makanan berangkai, terdapat syarat-syarat khusus pensijilan halal yang perlu dipenuhi.

“Justeru, Jakim mengalu-alukan usaha murni pihak syarikat (Ah Cheng Laksa) untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Ini juga bagi mengelakkan kekeliruan status halal dapat diatasi dengan berkesan.

Premis atau produk makanan yang mempunyai sijil halal bukan sahaja dijamin halal, malah suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard, peraturan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

“Pihak kami menyarankan pengguna mengutamakan produk atau premis makanan yang telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook semalam.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya tampil membuat penjelasan itu susulan media sosial Halal Malaysia dihujani dengan pertanyaan awam berkenaan status halal premis makanan Ah Cheng Laksa. Menurutnya, ia berpunca daripada tular yang mendakwa premis makanan tersebut menggunakan ramuan yang tidak halal dan tidak sesuai dikunjungi pelanggan beragama Islam.

“Pengguna juga dinasihatkan lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti bagi mengelakkan fitnah dan salah faham sesama,” katanya.

Bagi mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Leave a Reply