Input your search keywords and press Enter.

Kaya Kerana Mencuri Seluar Dalam Al-Baghdadi

M Update, 31/10/2019 – Lelaki yang menyamar dan menyusup ke dalam rumah Abu Bakar al-Baghdadi dilapor akan menerima sebahagian atau keseluruhan ganjaran AS$25 juta (RM104.5 juta) yang ditawarkan Amerika Syarikat untuk maklumat mengenai Khalifah Daish itu.

Menurut Washington Post, pegawai di Asia Barat dan Amerika menyatakan lelaki berkenaan berada dalam kawasan rumah al-Baghdadi pada malam pasukan elit tentera Amerika menyerang rumah di Idlib, Syria, Ahad lalu.

Lelaki itu yang memberi maklumat lengkap, termasuk pelan lengkap kawasan serta bahagian dalam rumah, juga mencuri seluar dalam al-Baghdadi yang kemudian digunakan untuk ujian DNA bagi mengenal pasti mayatnya. Laporan menyatakan, selain menerima wang ganjaran itu, lelaki terbabit dibawa keluar dari Syria bersama keluarganya dua hari selepas serangan.

Menurut Washington Post, seorang pegawai berkata, lelaki pengikut Sunah itu adalah keturunan Arab yang berdendam dengan Daish kerana membunuh ahli keluarganya. Maklumat disampaikan lelaki itu dipantau sekutu Amerika di Syria, Tentera Demokratik Syria (SDF) yang diterajui Kurdish dan menyalurkannya kepada Amerika.

Menurut New York Times, dua pegawai agensi perisikan Amerika menyatakan maklumat daripada Kurdish Syria dan Iraq yang membolehkan al-Baghdadi dikesan yang membawa kepada pembunuhannya. NBC News melaporkan pegawai kanan SDF, Jeneral Mazloum Abdi berkata, lelaki itu memberi pelan setiap bilik dalam rumah berkenaan, kedudukan ruang bawah tanah serta jumlah pengawal.

Menurutnya, lelaki itu mencuri seluar dalam al-Baghdadi tiga bulan lalu, sebelum berjaya mendapatkan contoh darahnya sebulan lalu.

Leave a Reply