M Update, 18/11/2019 – Seramai 700 murid sekolah rendah di Negeri Sembilan yang terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan kelengkapan persekolahan daripada Yayasan Petronas menerusi program Back To School (BTS) 2019.
Program itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Petronas kepada masyarakat selain untuk menggalakkan para pelajar terutama mereka dari golongan keluarga berpendapatan rendah (B40) bagi meneruskan sesi pembelajaran di sekolah.
Diharapkan inisiatif ini dapat mengurangkan satu lagi jurang yang harus ditempuhi pelajar dari keluarga pendapatan rendah agar lebih ramai pelajar terinspirasi dan bermotivasi untuk mentelaah pelajaran demi masa hadapan yang lebih cemerlang.
Dengan bantuan ini juga sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka untuk sesi persekolahan tahun hadapan.
Kesemua penerima yang terdiri dari 13 sekolah rendah masing-masing menerima bantuan kelengkapan sekolah seperti dua pasang pakaian seragam sekolah, sepasang stokin dan kasut, baju hujan, alat tulis, beg galas dan botol minuman yang keseluruhannya bernilai RM250 seorang.
Sumber : Bernama