M Update, 22/01/2020 – Tiada siapa sangka bayi perempuan yang dilahirkan pada usia 24 minggu dengan berat 340 gram kini hidup sebagai seorang kanak-kanak normal.
Daily Mail UK melaporkan, saiz tapak tangan Isabella Evans hanya seberat duit syiling 1 Pound Sterling kerana dilahirkan pramatang selepas ibunya Kym Brown mengalami komplikasi serius yang membahayakan nyawa bayi dan ibunya.
Namun kini, Brown dan suaminya Ryan Evans berjaya membesarkan Issabella yang dilahirkan Jun tahun lalu walaupun terpaksa menjadi ‘pejuang cilik’ untuk terus hidup.
Brown, 26, disahkan mengandung pada Disember 2018 dan mengalami komplikasi sehingga doktor hanya memberikan jaminan lima peratus peluang untuk hidup.
Isabella menjadi bayi pramatang terkecil di Britain dalam tempoh 15 tahun kerana beratnya bersamaan dengan satu tin Coke.
Penderitaan kanak-kanak itu tidak terhenti di situ apabila doktor mengesan lubang pada usus dan memerlukan pembedahan segera selain dua pembedahan laser berasingan pada matanya tiga bulan kemudian.