M Update, 7/2/2020 – Remaja warga Kanada yang dilaporkan pengsan di lot parkir sebuah pusat beli belah di ibu kota baru-baru ini, disahkan negatif jangkitan coronavirus baharu, 2019-nCoV.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata berikutan itu, remaja berusia 17 tahun berkenaan yang ditempatkan dalam wad isolasi Hospital Kuala Lumpur (HKL) sudah dibenarkan pulang.
“Ini adalah berita gembira. Dia pengsan bukan disebabkan coronavirus dan kini sudah dibenarkan pulang,” katanya pada sidang media harian yang diadakan di kementeriannya, semalam.
Semalam, sekeping gambar pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan anggota polis yang berada di lokasi tersebut, viral di media sosial kerana dikaitkan dengan coronavirus.
Remaja itu ditemui pengsan sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Menara Berkembar dan kemudian dirujuk dengan ambulan ke HKL.