M Update, 6/4/2020 – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan Pakej Prihatin PKS (Tambahan) pada jam 4 petang ini.
Ia langkah sokongan lanjut bagi membantu perniagaan mikro dan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menghadapi impak penularan COVID-19. Pakej rangsangan khas dirangka selepas beberapa perjumpaan antara Kementerian Kewangan dan wakil PKS yang turut membabitkan perbincangan bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta SME Corp.
Antara cadangan dikemukakan peserta sektor PKS sebelum ini adalah pemberian pinjaman khas tanpa faedah, kenaikan subsidi upah dan pengecualian cukai pendapatan.
Berdasarkan tinjauan Persatuan PKS Malaysia, 82 peratus PKS menjangkakan akan menghadapi kerugian tahun ini kerana tiada pendapatan, manakala 15 peratus pula hanya mencatatkan balik modal. – BH Online