M Update, 15/6/20202 – Malaysia diiktiraf sebagai antara lima negara tebaik di dunia dalam mengawal pandemik COVID-19.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Malaysia juga menjadi salah satu negara contoh dalam usaha mengekang wabak berbahaya itu.
“Atas kerjasama tuan-tuan dan puan-puan seluruh rakyat Malaysia dan pengorbanan besar barisan hadapan, kita berjaya mengawal jangkitan dan meratakan lengkuk COVID-19,” katanya.
Berkata demikian pada sidang media di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, semalam, Ismail Sabri berkata, Perdana Menteri mengambil keputusan besar dan mencabar dalam memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu. Selain itu, katanya, kerajaan turut melaksanakan kawalan ketat menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan yang bertujuan mengekang penularan wabak dalam komuniti.
Beliau berkata, hasil kerjasama baik seluruh rakyat Malaysia dalam mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan, ia telah membantu kerajaan dalam melandaikan lekuk COVID-19 di negara ini.
“Hari ini memasuki hari ke-90 rakyat Malaysia menjalani PKP, yang pastinya agak sukar pada peringkat permulaannya apatah lagi pandemik terpahat sebagai sejarah kehidupan kita, ada juga antara kita terpaksa menghadapi kawalan yang sangat ketat apabila PKPD diperkenalkan.
“Kerjasama yang diberikan seluruh rakyat serta pengorbanan besar daripada (petugas) barisan hadapan, (hasilnya) kita telah berjaya mengawal jangkitan COVID-19 dengan meratakan lengkung pandemik itu,” katanya.