Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
MetMalaysia: Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Bermula Khamis Ini - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

MetMalaysia: Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Bermula Khamis Ini

M Update, 22/9/2020 – Malaysia dijangka memasuki fasa peralihan monsun bermula Khamis ini, yang lazimnya akan berlaku ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang singkat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini berkata keadaan cuaca itu juga berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh.

“Semasa fasa peralihan monsun, keadaan cuaca itu biasanya berlaku pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyatakan bahawa fasa peralihan monsun itu dijangka berterusan sehingga awal November.

“Dalam tempoh ini, pada kebiasaannya langit cerah pada waktu pagi dan kawasan di rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala yang kondusif untuk pembentukan awan ribut petir pada sebelah petang,” menurut jabatan itu.

Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada ketika tempoh fasa peralihan monsun serta sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh jabatan melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial, RakanMet dan Hotline Meteorologi Malaysia. – BERNAMA